Sunday, 4 March 2012

Ayam Goreng Ala Kadar

Petang tadi pergi pasaraya beli belanja dapur sikit. Sasaran utama,dada ayam untuk dijadikan hidangan makan malam.. Macam biasa sampai rumah, rehat sebentar, bancuh Milo panas dan rehatkan diri sebentar sebelum acara masak memasak dimulakan. Nak buat ayam goreng ni tak susah manapun, yang penting semangat untuk masak dan kerajinan dalam diri.

Bahan-bahannya:
1. Dada ayam yang telah siap dipotong-potong
2. Garam
3. Gula
4. Serbuk perisa ( orang Sarawak panggil picin, lau tak silaplah)
5. Kicap ABC
6. Serbuk Kari ( apa-apa jenamapun boleh)
7. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan dada ayam yang telah siap dipotong ke dalam bekas kosong
2. Maasukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa ke dalam bekas tersebut dan gaul sehingga rata
3. Masukkan serbuk kari (bersesuaian dengan daging ayam yang hendak dimasak) dan 1 sudu kecil kicap ABC.dan digaul sehingga rata.
4. Perapkan daging tersebut sebelum digoreng. Kalau mahu lebih sedap, peraplah semalaman, tapi saya cukup perap 15 minit dah boleh masak.... hehehe... sampalau kan,,,,
5. Panaskan minyak terlebih dahulu sebelum menggoreng daging ayam tadi.

Jangan risau kalau ayam kita kelihatan hangus ataupun hitam sebab kita kan dah letak kicap dalam perapan tadi. So, kalau rasa-rasa nak cuba resepi ni, silakan cuba. Tapi kalau tak nak cuba, telah air liur jaklah,,,

Friday, 2 March 2012

Banana Split

Hari ini saya nak kongsikan pencuci mulut hidangan tengah hari untuk diri sendiri. Saya namakannya banana split meskipun tak berapa nak splitpun. Hehehe...

Bahan-bahannya:
1. 2 biji pisang berangan (kalau ada stok pisang yang hampir nak direjectpun boleh digunakan, tetap sedap punya)
2. Aiskrim vanila (beli dekat pasaraya)
3. Susu pekat manis
4. Susu cair
5. Madu

Cara-cara membuatnya:
1 Masukkan 2 biji pisang berangan ke dalam bekas.
2. Masukkan 4 scoop aiskrim vanila ke dalam bekas.
3. Hiaskan banana split dengan madu, susu pekat manis dan susu cair.

Sekarang, pencuci mulut kita sudahpun siap dan boleh dimakan.

Amaran:Bagi yang ada kencing manis, makan sedikit saja tau...

Thursday, 1 March 2012

Nasi Goreng Sampalau

Sudah lama perkataan sampalau ini tidak saya gunakan dalam pertuturan seharian. Maklumlah dah berhijrah ke daerah lain. Lain daerah, lainlah pula bahasa tempatan yang digunakan. Bunyi sebutan (loghat) juga berbeza. Perkataan sampalau ni adalah perkataan dalam bahasa tempatan Sabah untuk merujuk kepada perkataan selekeh dalam Bahasa Melayu dan digunakan untuk menerangkan cara berpakaian seseorang yang tidak terurus. Sungguhpun nama resepi ni selekeh, namun saya amat yakin hasilnya amat-amat memuaskan hati sesiapa yang mencubanya. Sepinggan saja memang tak cukup, pasti hendak tambah lagi. Bukan setakat sedap, malah mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya:
1. 2 mangkuk nasi putih (nak lebih pun boleh... tapi kena pastikan nasi masih elok)
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 ulas bawang merah
(bab bawang ni tak kisah nak guna bawang apa sekalipun, yang penting bawang...)
4. 2 biji telur ayam (ikut suka...nak letak lebihpun boleh)
5. sos tiram (jenama apapun boleh...)
6. minyak masak (terpulang korang nak guna banyak ataupun tidak, tapi janganlah pula terlalu sedikit)
7. garam
8. segelas air
9. serbuk lada putih (jika mahu...)

* Kalau ada peruntukan lebih, boleh ditambah sosej mahupun fishcake kepada nasi goreng tersebut*
* Ingat, walaupun resepi nin sampalau, kebersihan masih perlu diutamakan dan diamalkan selalu...*

Cara-cara membuatnya:
1. Hiris bawang-bawang yang disediakan tadi (tidak perlu ditumbuk ataupun dikisar)
2. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan
3. Apabila minyak telah panas, masukkan 2 biji telur dan goreng hancur. Apabila telah hampir masak, matikan api dan asingkan telur tersebut ke dalam bekas.
4. Masukkan minyak sekali lagi dan panaskan.
5. Apabila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang dan tumiskan sehingga naik bau.
6. Setelah naik bau, masukkan telur tadi. Kemudian masukkan 4 sudu besar sos tiram dan tambahkan sedikit air. Kacau sehingga ramuan sos kelihatan mendidih.
7. Apabila sos mulai mendidih, tambah sedikit minyak lagi dan digaul semula
8. Masukkan nasi putih tadi di bawah api kecil, letak garam secukup rasa  berserta lada putih dan gaul sehingga sebati.

Ok, sekarang hidangan anda sudah siap dan boleh dimakan... selamat mencuba resepi sampalau ini...
Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen ok...

Sunday, 29 January 2012

Katering Tawau

Adakah anda tinggal di sekitar Bandar Tawau dan merancang  untuk mengadakan majlis keraian dalam masa terdekat tetapi  peruntukan kewangan anda terhad? Jangan bimbang, kami sedia memberikan Perkhidmatan Katering yang terbaik untuk anda bagi sebarang majlis keraian di sekitar kawasan bandar Tawau yang pasti akan memuaskan hati anda berdasarkan peruntukan kewangan yang anda ada. Dengan harga serendah RM16.50++ untuk setiap kepala (dan masih boleh dirunding berdasarkan peruntukan anda), kami akan menyediakan perkhidmatan katering sebagaimana yang anda inginkan.


Untuk tempahan, sila emelkan maklumat-maklumat di bawah ke alamat : jakariang@gmail.com . Juga boleh SMSkan maklumat-maklumat tersebut : +60198927198
  • jenis-jenis hidangan yang anda inginkan (maksimum 6 jenis hidangan);
  • jumlah jemputan majlis tersebut;
  • lokasi majlis(sekitar bandar Tawau sahaja);
  • jenis majlis keraian;
  • tarikh majlis  dan tempoh majlis akan berlangsung;
  • jumlah peruntukan kewangan anda,
  • no telefon atau handphone untuk dihubungi.
Pihak kami akan melihat tempahan anda terlebih dahulu dan akan menghubungi anda secepat mungkin sama ada melalui emel mahupun handphone untuk perbincangan lanjut. Terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Kami tidak sabar menunuggu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami untuk memenuhi keperluan anda.

Are you planning on organising a special occasion soon around Tawau  area and need to get a budget catering service for it, then you have come to the right place. We provide a catering service to any type of occasions and events with a reasonable price yet providing a satisfaction service that you are looking and hoping for. Starting as low as RM16.50++ per pax (and still can be negotiable according to your budget), we will give the best service we can provide according to your needs.

For reservation, please provide us with informations as shown below by sending an email to jakariang@gmail.com or you can send us SMS with related informations to this number: +60198927198
  • type of dishes you want to be served (max 6 types of dishes per event);
  • how many person will attend that event;
  • location of the event(in Tawau area only);
  • type of event and duration of the event
  • your budget allocation
  • your contact number
We will check on your reservation first before we can contact you back either via email or via SMS to discuss more on your reservation. Thank you for spending some of your time visitting our site and we are looking forward to give you the best service you need and hoping for.