Sudah lama perkataan sampalau ini tidak saya gunakan dalam pertuturan seharian. Maklumlah dah berhijrah ke daerah lain. Lain daerah, lainlah pula bahasa tempatan yang digunakan. Bunyi sebutan (loghat) juga berbeza. Perkataan sampalau ni adalah perkataan dalam bahasa tempatan Sabah untuk merujuk kepada perkataan selekeh dalam Bahasa Melayu dan digunakan untuk menerangkan cara berpakaian seseorang yang tidak terurus. Sungguhpun nama resepi ni selekeh, namun saya amat yakin hasilnya amat-amat memuaskan hati sesiapa yang mencubanya. Sepinggan saja memang tak cukup, pasti hendak tambah lagi. Bukan setakat sedap, malah mudah untuk disediakan.
Bahan-bahannya:
1. 2 mangkuk nasi putih (nak lebih pun boleh... tapi kena pastikan nasi masih elok)
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 ulas bawang merah
(bab bawang ni tak kisah nak guna bawang apa sekalipun, yang penting bawang...)
4. 2 biji telur ayam (ikut suka...nak letak lebihpun boleh)
5. sos tiram (jenama apapun boleh...)
6. minyak masak (terpulang korang nak guna banyak ataupun tidak, tapi janganlah pula terlalu sedikit)
7. garam
8. segelas air
9. serbuk lada putih (jika mahu...)
* Kalau ada peruntukan lebih, boleh ditambah sosej mahupun fishcake kepada nasi goreng tersebut*
* Ingat, walaupun resepi nin sampalau, kebersihan masih perlu diutamakan dan diamalkan selalu...*
Cara-cara membuatnya:
1. Hiris bawang-bawang yang disediakan tadi (tidak perlu ditumbuk ataupun dikisar)
2. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan
3. Apabila minyak telah panas, masukkan 2 biji telur dan goreng hancur. Apabila telah hampir masak, matikan api dan asingkan telur tersebut ke dalam bekas.
4. Masukkan minyak sekali lagi dan panaskan.
5. Apabila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang dan tumiskan sehingga naik bau.
6. Setelah naik bau, masukkan telur tadi. Kemudian masukkan 4 sudu besar sos tiram dan tambahkan sedikit air. Kacau sehingga ramuan sos kelihatan mendidih.
7. Apabila sos mulai mendidih, tambah sedikit minyak lagi dan digaul semula
8. Masukkan nasi putih tadi di bawah api kecil, letak garam secukup rasa berserta lada putih dan gaul sehingga sebati.
Ok, sekarang hidangan anda sudah siap dan boleh dimakan... selamat mencuba resepi sampalau ini...
Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen ok...
Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen ok...
No comments:
Post a Comment